Thursday, September 24, 2009

terima kaseh daun keladi

hari nih berlalu dengan sungguh panjang....

first sekali saye ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yg datang beraya di rumah saya hari ini. mereka adalah seperti berikut:

saufi
fahmi
cousin fahmi (sori lupe name)
haiman
nuredza hazren
meor
nurul fatihah
nana
siti nurul hidayah
baji sempai
hafiza
suami hafiza (sori nih pun lupe name)
syarifah
ashraff
assry
azmie
keri
kamal
mislan
kawan mislan (lupe name lagi... sori yer)
syed umar
hanafi
naqib
kesavan

thank you guyz!! (p/s:kalau lupe sesape tolonglah maafkan saye. saye nih mempunyai memori yang kurang cerdas)

kepada yang tak dapat hadir thank you jugak kerane niat utk hadir tuh still ade. kalau tak dapat jumpe kat malaysia tahun nih, tahun2 akan dtg insyaAllah jumpelah di mana2.

selepas open house di rumah saya kami telah membuat "nijikai" di NZ wangsa maju. "nijikai" ialah perkataan yg digunakan oleh org jepun untuk majlis round ke-2 iaitu majlis tidak formal selepas sesuatu majlis yang formal. perlu dinyatakan bhw "nijikai" berlainan dgn "uchiage" iaitu majlis yg dibuat setelah berpenat lelah menjayakan sesuatu majlis yang selalunya menggunakan duit hasil untung majlis yang berjaya itu.

peserta2 nijikai ialah beberapa rakan saya ketika di sekolah rendah yang kesemuanya hadir di majlis open house rumah saya beberapa jam sebelumnya. walaupun ngantuk dan sungguh penat tidak tahu mengapa terasa begitu seronok berborak dgn mereka nih walaupun saya sebenarnye sudah lame tidak berjumpe dgn mereka sebelum saya pulang ke malaysia kali nih. kalau jumpe pun setahun sekali jer. betullah bak kata seseorg yg saya tidak kenal yg saya jumpe di internet....

There's something about childhood friends that you just can't replace. ~Lisa Whelchel

dan hari ini juga saya dapat tahu byk perkara yang saya tidak tahu sebelum ini. terutamanya drpd geng budak myvi hitam mak saya. sungguh panjang cerita yg kami ceritakan, daripada pengalaman masing2 dan pengajaran yang kami dapat dari pengalaman tersebut sehinggalah cerita2 lawak yang boleh dibeli dengan duit syiling seposen. sungguh banyak yg dikongsi dan sungguh banyak yang diambil pedoman. lihat jam sudah pukul 4 pagi tapi kami masih rancak berborak tentang kehidupan lampau di tepi longkang rumah orang. nyamuk2 yang menggigit badan dianggap seperti luka luka lama yang masih meninggalkan kesan yang dalam. apabila digaru sedap pula.

kebenaran2 daripada rakan2 yg kini didedahkan memberi impak yang kuat kepada diri ini utk terus berusaha di dalam kehidupan dan redha dengan ketentuan-Nya. titik2 hitam dahulu yang dianggap besar di dalam kehidupan apabila dibandingkan dengan cerita2 rakan2 kelihatan seperti masalah matematik budak darjah satu sahaja. walaupun pada mulanya hanya mendengar pengajaran yang diberi oleh kawan kepada kawan yg lain tiba2 terasa seperti ianya sebuah pengajaran yang perlu diri ini ambil utk dibuat pedoman juga. betapa hebatnya kebenaran2 dan pengajaran2 yang didedahkan!

skrg jam menunjukkan pukul 6 pagi. mata sudah meraung2 meminta dipejam. saya pun rasa sudah sampai masa saya mengakhiri tulisan ini. terima kasih daun keladi kerana membaca hasil tulisan saya ini yg penuh berbunga2 dengan ayat ayat yang sebelum ini tidak terlintas utk saya menulisnya. bak kata org yang saya tidak kenal juga, ilham itu datang secara tiba2.

sekian terima kaseh!

2 Comments:

Blogger aiko kato said...

thn dpn alek raya wat r ag..nk lg rojak kosas tuh!!hehe~

12:14 PM  
Blogger nazrul said...

insyaAllah kalau balik raya buat lagi. terime kaseh kerane dtg. tahun depan kalau ade rezeki i pulak raya rumah u hehe.

7:09 PM  

Post a Comment

<< Home