Friday, October 02, 2009

selesai satu tugas....

pagi tadi selesai sudah majlis "penerimaan pekerja baru untuk sesi tahun depan" di kompeni yg bakal aku kerje nanti. tahun lepas dikatekan seramai 50 org terpilih tetapi tahun ini akibat ekonomi yang merosot hanya 28 org sahaja terpilih. aku bersyukur aku salah sorg drpd mereka. selain daripada tu, hari nih juge aku mendapat tahu department yg akan aku masuk bekerje nanti iaitu department BSS2 (Business System Service 2) dlm bahagian ELG (Electronic Group). Dikatakan department BSS2 ini ialah department yg mempunyai plg ramai pekerja (sekitar 450 org) dan merupakan core utk kompeni nih. dan bahagian yang aku dpt nih ialah bahagian yg paling byk berurusan dgn pelanggan2 drpd luar negara khususnya malaysia dan negara2 membangun yang lain. so aku pun amatlah berpuas hati dgn pemilihan diorg nih. utk tahun pertama nih kitorg akan buat training di hamamatsucho, tokyo. selepas tuh baru kitorg akan diposting ke tempat2 yg memerlukan kitorg. utk bahagian ELG kebanyakan nye ditempatkan di kawasaki (kanagawa-ken), yokkaichishi (mie-ken) dan ooita (ooita-ken). bagi aku ditempatkan di mana2 pun tak kesah. kalau di kawasaki maknenye maseh menjadi org kantou la aku. jika di mie pula bolehla aku lepak osaka time cuti2. and kalau dpt ooita pun aku tak kesah walaupun jauh di kyushu tuh. sekali sekala berubah angin apa salahnya. pergi ke tempat baru akan ade kehidupan baru. jika ada kehidupan baru akan ada pertemuan baru. pertemuan yg baru pula mungkin akan menjanjikan saat2 kebahagiaan. sapa tahu kan.

berubah cerita lain pula. disebabkan hari ini majlis tersebut berlangsung di tokyo aku telah mendapat perkhidmatan duduk hotel percuma utk satu malam yg ditanggung oleh kompeni. jadi aku pun duduk la semalam di tokyo. dan kerana bosan duduk sesorg so aku roger la ah boon ngan rina ajak makan same kat shibuya. kitorg pergi sweets paradise iaitu sebuah restoran yg menyediakan bermacam2 aneka sweets, kek, spaghetti dan sewaktu dgn nye dengan course all you can eat for our dinner. byk la jugak kitorg borak. rina pun akan melanjutkan pelajaran bahasa melayunya kat malaysia selame setahun so macam macam gak kitorg kasik advice kat die. dari sweets paradise kitorg ke mcd berdekatan utk secawan kopi.


bersama rina di sweets paradise


ah boon yang sentiasa control macho :p


kek2 yg sempat diambil dan makan


so pas borak2 semua org pun balik rumah memasing. niat utk membeli kad pay tv hanya menjadi percakapan kosong aje bile sampai hotel jer aku terus tumbang sampai ke pagi. hari nih pulak lepas majlis tamat semua aku ke shibuya kembali utk melihat2 bende2 baru yg ade dijual di sana. pergi ke stormy utk melihat parker2 baru tapi sayang design semua tidak begitu menarik. baik anti hero, mahupun spitfire. kemudian ke abc mart utk melihat kasut kasut musih luruh 2009. design half cab utk musim luruh agak menarik tetapi harga yg mahal membuatkan ianya sekadar dipandang dan dibelek saja. dr abc mart ker disk union utk melihat jikalau ade cd2 second hand yang menarik. di disk union seperti biase terus ke corner punk/emo. belek punye belek terjumpe album kumpulan texas is the reason yg berjudul do you know who you are. tanpa memikir panjang terus membelinya bersama2 album gatby's american dream yg hanya berharga 300yen aje. jumlah kedue2 cd hanyalah 1500yen. mmg murah! dah la cd rare! saya mmg suke disk union! selepas membeli belah tiba2 perut terasa lapar so terus ker restoran nasi goreng ketam yg agak terkenal di sini. selepas selesai makan cube2 juga menelefon munzir yg turut mempunyai majlis yg sama hari ini tapi berlainan syarikat. apakan daya munzir tidak dapat dihubungi. oleh kerana sgt kecewa dengan munzir aku pun teruslah amek train balik rumah.

habis sudah cerite due hari aku di tokyo. tugasan mencarik pekerjaan yg dimulakan lebeh kurang 6 bulan yg lepas akhirnya berakhir dengan berjaya. alhamdulillah syukur. dalam 6 bulan terakhir sbg pelajar ni aku nak main sepuas2 nya. tapi still akan bekerje keras utk graduate hehe. dan aku juge berazam utk menghabiskan membaca buku2 yg diberikan oleh kompeni hehe. sekian, roger and out!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home