today i play soccer for my class. we losed all in our group match. well... we all expected to lose anyway. after the match me, paklan, din and atie (all the losed class) went to bbq king to have our heart healed. then we went to jusco to buy loke eng's birthday cake. yeah, just now we celebrate loke eng's birthday. anyway today i read a friendster bulletin post posted by one of my friends. anyway here it goes (sorry its in malay)
Kuingin memegang tanganmu (PART 1)
Bolehkah tanganmu kupegang?
"Maafkan I... I mahu pegang tangan you! Err... boleh?"
Entah mengapa kumulakan kata dengan maaf. Sekadar
berbahasa atau menunjukkan diriku ini gentlemen.
Aini hanya diam. Diam bermakna membenarkan. Tetapi
Aini bukan gadis zaman 50-an, atau 60-an, atau
dulu-dulu. Aini gadis alaf baru yang ada ijazah
kepujian. Aini bukan gadis sebarangan.
Masihkah Aini berpegang pada sifat malu dan cara
berkomunikasi yang sinonim dikaitkan dengan wanita
Melayu? Diam tandanya mahu. Malu tetapi mahu. Aku
tidak pasti tetapi nafsuku begitu membuak-buak
ingin menyentuh tangan halusnya yang runcing.
Mana kau tahu tangan Aini halus, tanya hati
gelapku? Itu anggapanku saja. Seringkali aku
menjeling-jeling tangan bogelnya. Rasanya tangan
itu mesti lembut. Ohh... sebab itu aku teringin
sekali menyentuhnya. Adakah dia rela tangannya kuusap?
Aini masih diam. Tubuhnya bergerak ke belakang,
sedikit saja tetapi seperti dia mahu menjauhi aku.
"Kenapa you nak pegang tangan I?" Tanyanya lembut.
Suara halusnya cukup jelas kudengar. Tetapi aku
pura-pura tidak perasan membuatkan Aini mengulang
pertanyaannya tadi. Kali ini lebih kuat dan jelas.
Perlukah aku memberitahu tentang mimpi dan
fikiranku yang berserabut. Tentang ingatanku
kepada Aini. Di kepalaku hanya ada Aini. Ini
memang cinta tetapi sebagai lelaki, nafsuku
membara sama. Mahu dekat selalu dengan Aini dan
mahu lebih intim lagi. Paling sedikit, aku
teringin memegang tangannya, sekejap pun jadilah.
"Mana mahu jadi sekejap," itu kata temannya Osman.
"Kau memang rasa hendak pegang kejap saja tetapi
kau gerenti tak mahu lepaskan. Kena pula dia pun
suka, sepanjang hari pun boleh tu..."
Berdekah-dekah gelak Osman. Katanya itu realiti.
Namun aku tidak pasti jika hanya teringin atau
mahu terus memiliki Aini.
Minggu lalu ketika menghantar Aini pulang ke
rumahnya, jari jemari kami tersentuh sewaktu aku
dan dia sama-sama ingin mencari siaran radio.
Berderau darahku. Aini cepat-cepat menarik
tangannya. Sejak hari itu Aini selalu mencari
alasan untuk menolak ajakanku daripada
menghantarnya pulang. Selalu sangat dia pulang
lebih awal atau menumpang temannya yang lain.
"Sudah empat tahun kita berkawan... Memang lama.
Apa salahnya I pegang tangan you..."
"You rasa sudah tiba masanya kita boleh berpegang
tangan?"
"Tak mengapalah kalau tak boleh. I hormat
pendirian you."
"Kenapa pendirian i pula? Pendirian you sendiri
bagaimana? Tak sama?" Aku terkedu dengan
pertanyaan Aini. Sudah lama kami berkawan, sejak
di universiti lagi.
Kuingin memegang tanganmu(PART 2)
Kami sering berterus-terang dalam apa perkara
sekali pun. Cara Aini menjaga diri dan
pendiriannya antara penyebab aku meletak minat
yang tinggi padanya. Aini umpama mawar berduri
yang ramai lelaki ingin miliki. Tetapi dia memilih
aku menjadi buah hatinya.
"Lagipun kita akan berkahwin juga nanti 'kan."
Cara kami berpacaran mungkin tidak sama dengan
remaja lain. Semuanya kerana pendirian Aini
itulah. Walau ada rindu-rinduan tetapi kami tidak
pernah bersentuhan. Sehinggalah baru-baru ini aku
mula merasakan ingin menyentuh Aini, sekadar
menyentuh tangannya pun jadilah.
"Ini bukan pendirian saja tetapi pegangan. Di mana
pegangan you? Macam mana you boleh terfikir
tiba-tiba hendak memegang tangan I?"
"Sebab I lelaki... jadi I rasa, perasaan teringin
tu memang biasa dan semula jadi."
"Teringin bukan bermakna mesti buat. I teringin
banyak perkara, I teringin nak pakai baju
cantik-cantik tetapi semuanya jarang, jadi I tahu
I tak boleh pakai pun. I teringin yang bersolek
cantik, bergincu merah menyala ke tempat kerja,
tetapi I tahu berdosa, jadi I tak buat..."
Peluh sejuk mengalir tiba-tiba. Aini tidak marah
pun. Suaranya pun tidak tinggi. Dia bukannya
melenting tetapi kenapa aku tiba-tiba kecut perut.
"Kita sudah biasa berterus-terang Amran, biarkan
kita berterus-terang hari ini. I pun teringin
hendak memegang tangan you. Teringin hendak
berdakap dengan you dan ada kala teringin merasa
diri dibelai... Sebab you lelaki yang I cintai..."
"Aini..."
"Tetapi teringin sajalah... You ingat hanya lelaki
yang ada nafsu?"
Hujung minggu aku pulang ke kampung. Mungkin sudah
tiba masanya aku dan Aini diijabkabulkan. Semuanya
kerana keteringinan kami berdua. Emak bersetuju,
ayah pun gembira. Eloklah masuk meminang kata mereka.
"Meminang?" Tanya Aini. Dia tiba-tiba terkejut.
Wajahnya merah. Tidak pernah Aini terkejut begitu.
"Bila?"
"Bila-bila, asal saja you setuju." Aini
memandangku tepat. "I rasa sudah tiba masanya kita
hidup berumahtangga. I mahu pegang tangan you
selama-lamanya, biar halal caranya."
"Amran, I minta maaf. You pilih I kerana you rasa
I menepati sebagai wanita untuk you peristeri. I
tahu you bangga dengan pendirian I. Tetapi Amran,
you sendiri tidak menepati lelaki yang sepatutnya
menjadi suami I. I rasa pendirian kita kita tidak
sama. Maafkan I...
fuck that!